PROFIL SYARIKAT
Sekalung
tahniah kerana telah memilih REDLIFE SDN.BHD,sebagai rakan kongsi
perniagaan anda.Kami di Redlife mengalu-alukan anda sebagai keluarga
besar Redlife.Redlife komited memberi layanan yang terbaik dan saksama
kepada semua rakan kongsi niaga yang berada di bawah naungan kami.
Kami
berusaha untuk mewujudkan satu sistem perniagaan yang boleh didokong
oleh semua lapisan masyarakat.Untuk menentukan pencapaian tersebut
Redlife komited di dalam program pendidikan rakan-rakan perniagaannya
demi untuk memastikan mereka berkeyakinan diri,bersedia menghadapi
sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.
Di
Redlife kami ingin melihat semua ahli keluarganya dapat memperbaiki
taraf ekonomi mereka.Justeru Redlife turut menyediakan pelan pemasaran
yang praktikal dan mudah,tidak membebankan dan mampu menjana pendapatan
yang lumayan tanpa had.Redlife komited untuk menghasilkan rangkaian
produk yang berkualiti tinggi dan boleh digunapakai oleh semua rakan
kongsi dan pengguna-pengguna umum.
Kami
berharap setiap ahlinya mendapat faedah dari segi kesihatan dan
peningkatan taraf ekonomi serta bangga untuk memperkenalkan Redlife
kepada semua kenalan.Kejayaan semua ahli akan membawa Redlife kearah
kegemilangan dan membolehkan ia untuk berkongsi kejayaan dengan lebih
banyak rakan kongsi dan pengguna-pengguna umum di masa hadapan
KE ARAH MASA HADAPAN YANG CEMERLANG
Engku Murad Engku Ibrahim
PENGERUSI
Syarikat
Redlife merupakan syarikat Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh
REDLIFE SDN BHD berdaftar Suruhanjaya Syarikat
Malaysia(654232-U),ditubuhkan pada 1 Jun 2011.Ibu pejabat Redlife
terletak di Pulau Pinang.Kami ialah perintis utama dalam bidang jualan
langsung berdaftar (AJL 931524) yang membekalkan produk kesihatan yang
bermutu tinggi.Kilang kami bertaraf sijil SME-ISO 2001-2008 GMP
(HACCP).Kilang kami terletak di Prai bersam Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan yang dilengkapi dengan kemudahan terunggul dan berteknologi
tinggi.Semua operasi dalam kilang dijalankan oleh pasukan yang
diiktiraf dan mempunyai kepakaran yang tinggi dan dilatih
sepenuhnya.Pasaran eksport kami sekarang meliputi 17 buah negara dan
pelan strategi kami akan membawa kami ke peringkat yang lebih jauh lagi.
Sebelum ini, Redlife Sdn Bhd dikenali
sebagai BewgG yang menjalankan perniagaan secara konvensional, namun
telah beroperasi sejak sekian lama dan mempunyai produk yang dieksport
ke lebih 17 buah negara. Namun, selaras dengan peredaran masa kini,
syarikat telah mengubah corak perniagaan kepada bentuk Networking Marketing pada 1 JUN 2011.
" Now (2010) is the perfect time to start your own business. If you do it right, you will be leader of the future economy". Dr Charlotte Phelps, Economist Temple University ( on CNN 2010)
Kelebihan
menyertai syarikat kami ialah, produk yang dikeluarkan adalah produk
di bawah kilang syarikat sendiri dan bukanlah sebagai wakil jualan
kepada produk syarikat lain yang mana harga terpaksa ditingkatkan kerana
kos yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk menyertai syarikat ini, modal
adalah serendah Rm 390 dan pelanggan akan mendapat barangan setimpal
dengan nilai duit yang di bayar. Dengan demikian, syarikat telah
menunjukkan bahawa tidak ada permakaian duit yang berlaku dalam sistem
perniagaan ini. Dengan modal serendah itu, syarikat akan berusaha
untuk membantu usahawan yang berani meningkatkan pendapatan dengan
bantuan latihan dan semangat motivasi untuk berjaya.
"
Network marketing gives people the oppoturnity with very low risk and
very low financial commitment to build their own income- generating
asset and acquire great wealth".
Robert Kiyosaki ( penganalisis bebas kewangan dan penulis buku Poor Dad , Rich Dad)
"Network
marketing has proven itself to be a viable and rewarding source of
income. There have been some remarkable examples of success." Donald Trumph
Mungkin
ramai yang tidak percaya dan cuba membuat penafian dengan kenyataan
ini,namun bagi kami di REDLIFE,sejauh manakah kelayakan yang kita ada
untuk membuat penafian dengan orang yang sudah jutawan dan berjaya
seperti mereka. Syarikat
ini masih baru dan peluang untuk menjadi yang terawal masih terbuka.
dengan keahlian sehingga kini belum mencecah 500 orang seluruh Malaysia
(1/1/2012) dan anda boleh bayangkan betapa luasnya peluang yang masih
tersedia untuk berjaya dalam perniagaan REDLIFE SDN BHD.
VISI KAMI
Aspirasi kami
dalam mengembang jaringan pengedaran secara luas,supaya semua pengusaha
Redlife berkongsi cita-cita yang sama untuk mencapai kejayaan dalam
pasaran komersial dan gaya hidup yang berkualiti
MISI KAMI
Kami berusaha
membantu setiap orang untuk mencapai impian mereka iaitu sebuah
kehidupan yang sihat dan bermakna.Demi mencapai misi ini,kita
membekalkan produk yang berkualiti di samping menyediakan ruang untuk
kejayaan individu,pembinaan kerjaya dan peluang perniagaan yang lumayan
Nilai Kami
ILMU PENGETAHUAN
Kami
percaya ilmu pengetahuan akan membuka pintu peluang dalam kehidupan
kita.Setiap orang harus berkeyakinan teguh dan mempunyai keinginan
tinggi untuk mencapai matlamat hidup.Hidup ialah satu proses
pembelajaran yang berterusan dalam memajukan setiap aspek
kehidupan.Disiplin dan pengawalan diri merupakan peralatan yang tidak
boleh diabaikan dalam pembelajaran,tembok martabat manusia
INTEGRITI
Kejayaan
Redllife berpunca daripada integriti dan ketelusannya dalam
pengurusan,perniagaan dan segala aspek yang berkenaan.bagi
kami,pencapaian komersial hanya bermakna jika diiringi bersama-sama
kepercayaan,keyakinan dan kejujuran dari semua pihak yang berurusan
dengan kami.
KELUARGA DAN MASYARAKAT
Redlife
dibina atas dasar konsep kejayaan sebenar diiringi nilai
keperihatinan.Kebajikan golongan kurang bernasib baik merupakan
tanggungjawab semua.Kami berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa
dalam usaha mencapai kejayaan individu atau kehidupan yanng lebih baik
untuk keluarga,kita tidak harus mengabaikan tanggungjawab kita terhadap
masyarakat untuk menyokong dan memuliharanya.Lagipun,sebuah keluarga
yang bahagia merupakan sebahgian daripada masyarakat yang makmur dan
harmoni
KEYAKINAN DAN PENERIMAAN
Keyakinan dapat menyingkirkan segala keraguan manakala penerimaan
membolehkan seseorang menghadapi kenyataan.Setiap orang yanng
menginginkan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri sendiri ataupun
orang yang dikasihi mesti mempunyai kedua-dua nilai ini.Dua nilai ini
dapat mendorong seseorang untuk berusaha keras,disamping menguatkan
minda dan jiwa.Dengan ini,seseorang tidak menerima kegagalan tetapi
mengambil setiap kegagalan sebagai satu pembelajaran,satu lagi langkah
atas tangga kejayaan
No comments:
Post a Comment