Bagaimana hendak jadi KAYA?
Oleh: Irfan Khairi
Oleh: Irfan Khairi
Percaya
atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah
berpunca dari sebab sindrom 'tak mahu kaya'? Ok, apa maksud saya?
Maksud
saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan
sebagai "penghalang kekayaan" dan penghalang ini biasanya di bawah
kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.
Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering
sebut, "Duit banyok pun tak boleh bawok kubo" (sah orang Perak!) di
alih lorat Perak menjadi "Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur".
Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti
Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya
raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah
menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek
'anak orang-orang kaya'. "Eleh, tengok anak orang kaya tu... macam
bagus!"
Tak
membantu juga, apabila membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar
putih terpapar melibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.
Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif
mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang
kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif
wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai
wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu
lebih memberi impak kepada pemikiran kita.
Keadaan
ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang
wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan.
Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat
kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik
'wang' sebagai seuatu yang pantang disebut!
Walaupun
jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai
matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah
mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk
menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi "Eh... tak baik
cakap pasal wang", "Eh... buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh
bawak kubur", "Eh... nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata".
Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.
Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang
baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan
yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai
satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?
Ini
juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan
mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak
patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan
semua ini berlaku tanpa kita sedari - kita tidak mahu kaya!
BERTINDAK SEKARANG!!!!
KAYA BERSAMA KAMI DI REDLIDFE
BARU 2 TAHUN LEBIH BEROPERASI DALAM MLM, 7 ORANG JUTAWAN LAHIR
BANYAK LAGI LEADER2 MEMPEROLEHI PENDAPATAN LUARBIASA
RM10K, RM64K, RM151K, RM300, RM500K
SEMUA PILIHAN DI TANGAN ANDA....
terbaek.... selesa, ceria dan kaya
ReplyDelete